NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 anak Loh ke KL esok untuk pendengaran habeas corpus

Kes Loh Siew Hong akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada Isnin ini.

GEORGE TOWN: Ibu tunggal, Loh Siew Hong berkata, tiga anaknya akan dibawa ke Kuala Lumpur esok untuk pendengaran permohonan habeas corpusnya bagi mendapatkan mereka kembali.

Loh dibenarkan berjumpa tiga anaknya buat kali ketiga di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Jitra, Kedah hari ini, tanpa formaliti biasa atau surat kebenaran berbanding keadaan tiga hari lalu.

Beliau menyifatkan pertemuan lebih sejam, dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari itu “lebih baik daripada tiada peluang”.

“Saya memberi mereka makanan dan meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

“Tetapi, dalam fikiran saya, saya fikir ini mungkin kali terakhir menemui mereka. Siapa tahu apa hasil kes mahkamah nanti,” katanya kepada FMT.

Loh berkata, anaknya gembira bertemu dengannya dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan anaknya akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk pendengaran habeas corpus.

Beliau telah meminta JKM menjaga anaknya sementara menunggu kesnya di mahkamah selesai.

Peguamnya memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa anaknya dikembalikan.

Loh mendapat hak penjagaan sementara tiga anaknya pada 2019 dan hak penjagaan penuh pada Disember tahun lalu.

Kes Loh akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada Isnin ini.

Sumber | FMT Malaysia




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo