NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno, PAS Kelantan bakal bertemu perkukuh Muafakat Nasional




SHAH ALAM, 6 JANUARY 2022 – Hubungan PAS dan Umno di Kelantan perlu diperkukuhkan menerusi Muafakat Nasional (MN), selari hasrat penyokong akar umbi kedua-dua parti.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad berkata persetujuan untuk mengadakan pertemuan pada 22 Januari ini juga membuktikan keseragaman dalam penyatuan ummah antara kedua-dua pihak.

“Kami berharap semuanya berjalan dengan baik dan kembali memperkukuhkan MN memandangkan setiap sayap kedua-dua parti ini memainkan peranan penting sebagai pendokong dan ejen pengukuh MN, bukan sebagai pemanas suasana.

“Selagi kita berpegang kepada Islam sebagai asas penyatuan, kami yakin MN akan terus subur dan dibimbing oleh Allah SWT,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Mohd Kamal berkata demikian berkenaan hasrat Umno negeri dan PAS Kelantan yang dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan lebih lanjut kerjasama antara kedua-dua pihak terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini dilaporkan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai hasrat untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Ahmad telah membalas surat berkenaan dengan menetapkan 22 Januari sebagai tarikh untuk pertemuan berkenaan diadakan. – Malaysiapost

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo