NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M makin pulih, ceria dan bersemangat - Maria


KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan sudah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa Insitut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Anak sulUngnya, Datin Paduka Marina dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penilaian doktor pakar yang merawat bapanya mendapati tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu semakin pulih.

"Tun Dr Mahathir sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa IJN hari ini dan beliau ceria serta bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini," katanya.

Marina dan seluruh ahli keluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar Dr Mahathir pulih sepenuhnya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo