NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teka teki DUN JOHOR terjawab

Teka teki DUN JOHOR terjawab, akhirnya terjawab. Sah bubar petang ini.

MB dengan pengampu penganggur politik keliling dia sombong konon sedang berada dikemuncak sokongan rakyat. Mereka rasa kuat walapun pemimpin ramai terpalit kes korupsi rapi rakyat sokong padu konon.

Tetapi mereka masih tak berani secara jantan umum tarikh pilihanraya di kebanyakan negara maju demokrasi semua tahu tarikh pilihanraya awal. Paling tidak setahun awal tetapi pengerusi umno johor yang konon kuat tetap bacul main sembunti dan ugut tarikh bubar. Pukul curi ni penakut je buat. 

Ternyata mereka tidak berani umum tarikh awal seperti tarikh pilihanraya seawal 6 bulan paling tidak. 

Pembubaran ini hanya memenuhi ego dan sombong serta tamak segelintir pengampu dan penganggur politik tamak keliling MB. Mereka mengharapkan dalam keadaan ancaman Covid 19 masih tinggi dan rakyat masih gelisah ditekan kesan pendemik dan kemusnahan serta kerugian bencana, mereka harap rakyat tak keluar mengundi dan pengundi luar tidak balik. Mereka jangka mereka akan menang besar supaya secara langsung dapat mempertingkatkan tekanan agar PRU awal atau pemimpin utama mereka dilepaskan dari kes kes mahkamah yang sedang berlangsung. 

Rakyat Johor kini dimangsakan. Ini pilihanraya dipaksakan berlaku. Rakyat harus keluar beramai ramai menolak Umno dan Barisan Nasional serta menolak usaha mengembalikan igauan 22 bulan kecelaruan negara. PN dengan rendah hati menawarkan diri membentuk kerajaan yang prihatin dan bekerja bersama rakyat.

Masej jelas buat semua keluarga besar BERSATU, kena ingat PRN ini juga antara tujuan jahat mereka mahu membunuh BERSATU dari persada politik tanahair. Ini masanya rapatkan saf, ketepikan perbezaan, satukan kekuatan. Kita buktikan bersama sama kita bukan parti serpihan tapi parti utama masa depan negara dengan menjamin kuasa dominan Pribumi tanpa meminggirkan semua kaum dan agama.

BERSATU bertanding di mana dan siapa bertanding akan diumumkan oleh pimpinan dan kita sama sama dokong ke arah kemenangan rakyat.

22 Jan 2022

che'GuBard
Pengarah Operasi
Jabatan Pilihanraya BERSATU Johor

Sumber | FB 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo