NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salah guna wang sumbangan, Guru Besar ditahan SPRM



SANDAKAN: Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan, hari ini, berhubung kes salah guna wang sumbangan berjumlah kira-kira RM8,000.

Menurut sumber, wanita berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan bagi membantu siasatan.

"Bagaimanapun suspek dilepaskan dengan jaminan dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, Sabah minggu ini," katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.


--BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo