NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo kena kecam penyokong sendiri



London: Penyokong mengecam Cristiano Ronaldo susulan kekalahan memalukan 0-1 Manchester United kepada Wolves.

Gol tunggal Joao Moutinho menyaksikan skuad bimbingan Bruno Lage meraih kemenangan menakjubkan di Old Trafford yang juga kekalahan pertama di bawah bimbingan pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Ronaldo mengetuai Red Devils namun aksinya gagal membantu tuan rumah yang dilihat tidak bersemangat sepanjang perlawanan itu.

Penyokong pantas meluahkan kekecewaan mereka susulan kekalahan itu yang menyaksikan United kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana.

Ramai yang mengecam Ronaldo secara terbuka selepas pemain bintang itu sekali lagi dilihat bergelut di atas padang.


"Kelab sepatutnya membentuk pasukan lebih mantap bukan mendapatkan pemain yang bakal bersara," kata seorang peminat di Twitter.

Seorang lagi peminat berkata: "Ronaldo adalah punca utama prestasi hambar ketika di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer. Letakkannya di bangku simpanan dan lihat pencapaian pasukan selepas itu."

Malah ada yang berseloroh dengan nada lebih keras apabila berkata: "Bukankah itu datuk Ronaldo yang bermain? Dia bukanlah Ronaldo yang sebenar."


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo