NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat 6 sukarelawan Muda, Syed Saddiq mohon maaf


KUALA LUMPUR: Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman, memohon maaf dan mengharapkan budi bicara pihak berkuasa terhadap sukarelawan parti itu yang turun padang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.
Kata Syed Saddiq, beliau mengambil tanggungjawab penuh di atas kekhilafan anggota sukarelawan Muda yang turun memberi bantuan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa daerah, namun menegaskan mempunyai sebab kukuh berbuat demikian.
"Saya mewakili kepimpinan Muda meminta maaf, kami tidak bertujuan menyulitkan keadaan kerana yang memohon pun adalah rakyat yang menjadi mangsa banjir. Ada laporan media sebelum ini, ramai yang tak dapat bantuan, ada yang lapar tunggu makanan.
"Jadi apabila ada permohonan bantuan yang dibuat terus kepada pasukan kami, kami terus terus pergi, kami percaya masa sangat berharga, enam jam pun mampu bawa perubahan besar kepada mangsa," katanya dalam sidang media ringkas menerusi sesi live di akaun media sosialnya.
Terdahulu, Syed Saddiq mendakwa enam sukarelawan Muda disoal siasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menyampaikan bantuan secara terus kepada mangsa banjir di rumah dan pusat pemindahan sementara (PPS), dan tidak meletakkannya di tempat khusus terlebih dahulu.
"Kalau cara kami itu salah, saya mohon maaf. Cuma saya nak bertegas di sini, janganlah dilayan sukarelawan macam penjenayah hanya kerana mereka sampaikan bantuan terus kepada mangsa.
"Kami sudah berjumpa dengan pegawai daerah dan akan ikut SOP yang ditetapkan selepas ini, cuma berilah kelonggaran kalau ada permohonan dari rakyat sendiri.
"Harap ada budi bicara kerana niat kita ikhlas, nak beri bantuan secepat mungkin kepada mangsa," tambahnya.
--Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo