NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkhidmatan Unifi TV Terjejas Akibat Kebakaran – Dijangka Pulih Petang Ini


Telekom Malaysia telah mengumumkan pada malam semalam perkhidmatan Unifi TV di seluruh negara terjejas dan tidak boleh diakses semua. Kini, Telekom Malaysia berkongsi lanjut, mengatakan masalah ini akan selesai menjelang pukul 3 petang hari ini.

Menurut TM, masalah gangguan ini terjadi disebabkan oleh impak terhadap sistem kuasa yang terjejas disebabkan oleh kebakaran di bangunan di Cyberjaya.

TM mengatakan perkhidmatan Unifi lain tidak terjejas. Hanya perkhidmatan Unifi TV dan juga kedai TMpoint d Cyberjaya yang terjejas buat masa ini. Pelanggan di Cyberjaya diminta berkunjung ke TMpoint Kajang untuk sementara waktu ini.

Telekom Malaysia meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi, dan menyasarkan perkhidmatan kembali seperti biasa menjelang 3 petang ini.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo