NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apple, Syarikat Pertama Mencapai Nilai $3 Trilion


Apple hari ini mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mencapai nilai syarikat sebanyak $3 trilion, hasil pergerakkan positif harga saham mereka.

Dengan ini, ia sekaligus menjadikan Apple sebagai syarikat pertama di dunia yang mencatatkan nilai pasaran berkenaan. Sebelum ini juga, Apple merupakan antara yang terawal mencatatkan nilai pasaran $1 trilion pada 2018, sebelum mencapai nilai $2 trilion pada 2020.

Peningkatan nilai saham Apple ini adalah selari dengan perkembangan syarikat dalam arena telefon pintar, tablet dan perkomputeran – apatah lagi menggunakan cip keluaran sendiri. Pada 2022, Apple juga dijangka memperkenalkan set kepala AR, selain dikatakan akan menyertai arena automotif dalam beberapa tahun. Apple juga kini menjana pendapatan yang tinggi melalui perkhidmatan awanan mereka.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo