NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang asli maut dibaham harimau



GUA MUSANG: Lelaki Orang Asli maut diserang harimau belang jantan, di belakang rumahnya, dekat sini hari ini.

Mangsa diseret haiwan itu sebelum mayatnya ditemui petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Perkara itu dimaklumkan seorang penduduk berhampiran Kampung Orang Asli Sau, Pos Bihai, Gua Musang.

Dia enggan dikenali berkata, harimau jantan itu mula mengganggu penduduk sejak malam semalam.

"Penduduk kampung itu diserang ketika keluar mencari ikan untuk menyambut pesta padi malam semalam. Kami dikejar haiwan itu tapi berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Pagi tadi seorang penduduk kampung berusia 59 tahun diserang harimau ketika membuang air kecil di belakang rumahnya sekitar jam 9 pagi.

Pekerja PERHILITAN menembak mati seekor harimau kerana menyerang manusia.

"Anak perempuan mangsa yang sedang menumbuk padi mengesyaki sesuatu berlaku terhadap ayahnya, selepas terdengar bunyi anjing menyalak.

"Penduduk kampung ini kemudian pergi memeriksa di belakang rumah mangsa, sebelum menemui kesan darah.

"Tidak lama kemudian penduduk terserempak sekali lagi harimau itu. Harimau itu cuba menerkam, namun sempat dibaling dengan lembing hingga mengenai matanya," katanya.

Beliau berkata, pasukan PERHILITAN tiba tidak lama kemudian dan mengarahkan semua penduduk berkurung di dalam rumah.

"Apa yang saya tahu mereka cuba menjejaki harimau belang itu. Harimau belang seberat lebih 100 kilogram itu berjaya ditemui mereka tengah hari tadi di hutan berhampiran.

"Pekerja PERHILITAN terpaksa melepaskan tembakan selepas harimau itu cuba menyerang mereka. Harimau itu berjaya dibunuh dan dibawa keluar dari hutan.

"Dalam masa sama mayat Anek (mangsa) berjaya ditemui di dalam hutan. Dia dipercayai diseret harimau itu," katanya.

Beliau berkata, penduduk kampung berterima kasih terhadap tindakan pantas PERHILITAN yang berjaya menjejaki harimau belang itu.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, seorang lelaki, Adin Andok, 45, parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri akibat diserang harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai.

Mangsa bagaimanapun sempat diselamatkan anaknya yang menyedari kejadian itu.

Harimau belang dibunuh kerana menyerang Orang Asli di Gua Musang.

--BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo