NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASA lancarkan ekspedisi 'Zon Hadal', teroka jurang 11 km di dasar laut

Kapal selam kawalan jauh, Orpheus, yang dibina NASA bagi meneroka laut dalam. - Foto KOSMO


WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melancarkan ekspedisi meneroka kawasan jurang paling dalam di lautan dikenali sebagai Zon Hadal.

BBC melaporkan, kawasan yang dinamakan sempena Hades atau dewa Greek, Zon Hadal merangkumi kawasan jurang sedalam 11 kilometer (km) dari permukaan laut.

Kawasan yang sama besarnya dengan keluasan Australia itu hanya boleh dimasuki sampai ke dasar menggunakan kenderaan penerokaan khusus yang kalis tekanan.

bagi tujuan itu, NASA membina kapal selam kawalan jauh khas dinamakan Orpheus, yang menggunakan kamera amat sensitif bagi membina peta tiga dimensi untuk mengenal pasti pembentukan batu, karang dan landskap lain di dasar laut.

Antara matlamat misi dengan kerjasama Institut Oseanografi Woods Hole (WHOI) di Massachusetts itu adalah untuk meneroka dan menyiasat kehidupan di laut dalam.

Ahli biologi laut dalam yang mengetuai misi bersama WHOI, Tim Shank, berkata sekiranya misi itu berjaya, maka tiada lagi tempat di dalam lautan yang tidak dapat diakses manusia.

Ini bukan kali pertama Shank cuba mencapai kawasan jurang gelap dalam di Zon Hadal.

Pada 2014, kapal selam Nereus dihantar ke Jurang Kermadec yang terletak ke utara New Zealand.

Kenderaan bawah laut itu remuk dan pecah pada kedalaman sekitar 10 km kerana tidak mampu menahan tekanan terlalu tinggi. – AGENSI

--BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo