NOTIS:

Belum ada lagi....

Mulut Hanya Dipenuh Tanah Nanti

0

1. Rasulullah ﷺ mengingatkan kepada kita tentang kesungguhan manusia mengejar dunia sehingga mereka lupa bahawa bukan semua yang dikejarnya itu boleh disumbat semua ke dalam mulutnya. Sabda Rasulullah ﷺ:

لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ

“Andai sesungguhnya manusia itu mempunyai satu lembah emas, mereka suka untuk mendapatkan dua buah lembah emas, sedangkan mulut mereka nanti hanya akan dipenuh dengan tanah sahaja.” (HR al-Bukhari)

2. Elemen tanah yang ditampilkan dalam hadis ini adalah bagi menggambarkan bagaimana keghairahan nafsu manusia sukar untuk dihentikan melainkan setelah dijemput kematian. Kata al-Imam al-Qastalani:

فكأنه قال: لا يشبع من الدنيا حتى يموت

“Seolah-oleh Baginda ingin menjelaskan bahawa manusia itu tidak akan kenyang dengan dunianya sehinggalah datangnya kematian.” (Irsyad al-Sari)

3. Peringatan ini bagi adalah mengetuk jiwa manusia agar mereka tidak lupa akan tujuan hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah selain menjadikan dunia mekanisme untuk membangun kehidupan sejahtera di akhirat.

4. Ini tidaklah bererti bahawa Rasulullah ﷺ menghalang para sahabat untuk menjadi kaya dan berusaha di dunia. Berapa ramai dalam kalangan para sahabat itu sendiri terdiri dari usahawan yang jutawan dan kaya raya. 

5. Namun, Baginda ﷺ tetap mengingatkan mereka agar sentiasa bermuhasabah dan menjadikan harta mereka benar-benar bermanfaat buat diri mereka sendiri selaras dengan panduan yang telah digariskan di dalam al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi 
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo