NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki kulit hitam mati ditembak polis, Cetus pergolakan di Carolina Utara

Penunjuk perasaan berkumpul membantah kes penembakan Jason Walker oleh seorang anggota polis ketika tidak bertugas di Fayetteville, Carolina Utara di Amerika Syarikat (AS). 

WASHINGTON: Tindakan anggota polis kulit putih yang tidak bertugas menembak mati seorang lelaki kulit hitam di Carolina Utara mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

Mereka bersama saudara-mara mangsa mengadakan tunjuk perasaan di beberapa lokasi sejak semalam.

Kematian Jason Walker menimbulkan kembali ketegangan perkauman yang memaksa warga kulit hitam Amerika Syarikat (AS) menuntut keadilan bagi beberapa pembunuhan dengan mengetengahkan isu udang-undang senjata api, keganasan polis serta perbezaan kaum.

Siaran langsung oleh WRAL TV dari Fayetteville menunjukkan orang ramai melaungkan 'isu Jason Walker' dan peguam hak sivil terkemuka, Benjamin Crump, mengetuai 'himpunan untuk keadilan' itu.

"Seperti mana kebenaran bagi George Floyd, Ahmaud Arbery dan Breonna Taylor didedahkan, kebenaran sama akan didedahkan untuk Jason Walker," kata Crump.

Beliau turut mengaitkan isu pembunuhan berprofil tinggi ramai rakyat AS berkulit hitam oleh anggota polis dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Crump mewakili keluarga mangsa dalam ketiga-tiga kes itu, yang mencetuskan protes di seluruh negara kerana keganasan polis terhadap kumpulan minoriti.

Awal minggu ini, sekumpulan kecil penduduk berarak di bandar untuk menuntut penahanan Jeffrey Hash, pegawai polis yang menembak Walker ketika tidak bertugas pada Sabtu lalu.

Hash, yang sudah berkhidmat di bandar itu sejak 2005, sedang memandu kenderaan bersama isteri dan anak perempuan mereka ketika menghampiri Walker, 37, yang tidak bersenjata dan sedang menyeberang jalan berhampiran rumah ibu-bapanya.

Beberapa saat kemudian, saksi mendakwa Hash melepaskan tembakan dan Walker dilihat terbaring dengan kesan tembakan.

Dalam satu rakaman video amatur kejadian tembakan itu, Hash dilihat menerangkan kepada rakannya bahawa Walker melompat ke tengah jalan dan dia terpaksa membrek untuk mengelakkannya.

Dakwa Hash, Walker kemudian melompat ke atas kenderaannya dan menarik pengelap cermin sebelum menggunakannya untuk memukul cermin hadapan kereta, memaksanya menggunakan senjata untuk melindungi keluarganya. - AFP


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo