NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IHU, varian terbaharu Covid-19




Paris: Ketika semua negara bergelut melawan varian baharu, Omicron, kini muncul varian baharu yang mempunyai 46 mutasi.

Saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu berkenaan yang berpotensi membimbangkan.

Portal Independent melaporkan, dinamakan IHU, varian baharu iaitu B.1.640.2 setakat ini menjangkiti 12 orang yang tinggal di tenggara Perancis.

Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan, itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron.

Dalam analisis, penulis menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau melabelkan varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Genom diperoleh dengan penjujukan generasi akan datang.

Penulis laporan mendakwa orang yang dikenal pasti dengan varian IHU sudah divaksin sepenuhnya.

Individu terbabit diuji positif untuk Covid-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari, di Cameroon.

Penulis kertas penyelidikan itu berkata "pengesanan seterusnya... tiga mutasi dalam gen spike (pepaku) untuk menyaring varian... tidak sepadan dengan corak varian Delta yang terbabit dalam hampir semua jangkitan SARS-CoV-2 pada masa itu," dedahnya.

Dengan alasan kemunculan varian baharu itu menekankan kepentingan "pengawasan genomik", pengarang berkata, pemerhatian mereka sekali lagi menunjukkan "tidak dapat diramalkan kemunculan varian baharu SARS-CoV-2".

Dalam rangkaian Twitter yang panjang, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.

"Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.

"Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal," katanya.

https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2022/01/796538/ihu-varian-terbaharu-covid-19


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo