NOTIS:

Belum ada lagi....

Hypersonix Lancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen

0

Enjin scarmjet masih di fasa pembangunan oleh beberapa syarikat aeroangkasa dunia. Sejak dekad 60an lagi idea untuk membangunkan enjin scramjet telah dilakukan tetapi terhalang oleh kekangan teknologi dan metalurgi. Idea untuk membangunkan pesawat scramjet kembali popular sekarang kerana keperluan menghasilkan sistem pengangkutan hipersonik yang akan semakin memendekkan waktu perjalanan.

Hypersonix Launch Systems dari Australia kini sedang membangunkan sistem pelancaran roket menggunakan pesawat scramjet berkuasa hidrogen hijau. Sistem terdiri daripada roket Boomerang, pesawat hipersonik scarmjet Delta Velos Orbiter yang boleh digunakan semula dan roket akhir tahap 3.

Setiap tahap akan memecutkan kargo ke angkasa dengan Boomerang memecut sehingga Mach 5 sebelum Delta Velos Orbiter menggunakan scramjet je Mach 12. Kedua-dua Boomerang dan Delta Velos Orbiter akan kembali mendarat ke bumi seperti pesawat biasa.


Hypersonix lebih menyerupai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Virgin Galactic kerana kargo satelit yang boleh dibawa hanya sehingga 50 kilogram. Jika kesemuanya berjalan lancar, Hypersonix menyasarkan penerbangan pertama dilakukan pada 2024. Pelan jangka panjang ialah dengan data dari Delta Velos Orbiter, sebuah pesawat penumpang scramjet hipersonik akan dapat dapat dibangunkan. Mereka menyasarkan perjalanan dari Australia ke pantai timur A.S mengambil masa kurang 3 jam.

Selain Hypersonix, Skylon dan Hermeus adalah dua syarikat yang masih aktif membangunkan pesawat hipersonik bagi tujuan komersil dan ketenteraan.

Sumber New Atlas

--AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo