NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Google Bawakan Sokongan Nearby Share Ke Komputer Windows


Nearby Share adalah jawapan Google kepada AirDrop oleh Apple. Walaupun Google lambat dalam penawaran sistem perkongsian fail pantas ini, Google dilihat laju mengejar Apple dalam mengembangkan sokongan ini dengan menambah pelbagai ciri dan fungsi menarik.

Di CES 2022, selain fokus kepada Fast Pair – peranti Android kelak turut boleh menggunakan Fast Pair untuk tambat ke komputer Windows. Melaluinya, ia akan menyokong Phone Hub seakan antara Pixel dan Chromebook untuk sokongan notifikasi, SMS, panggilan telefon daripada peranti dikawal pada komputer.

Dengan sokongan ini, sistem perkongsian fail pantas Nearby Share turut boleh disertakan. Google kini sedang bekerjasama dengan Acer, HP dan Intel untuk pengguna Windows boleh menggunakan Nearby Share di antara telefon Android dan peranti Windows.

Ia akan ditawarkan pada tahun ini, tanpa sebarang tarikh spesifik.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo