NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Barcelona bergelut atasi pasukan kerdil



Madrid: Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan pasukan divisyen ketiga, Linares 2-1 sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir Copa del Rey.

Seteru utama, Real Madrid turut bergelut apabila mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas satu lagi kelab divisyen ketiga, Alcoyano.

Dengan pemain veteran, Dani Alves kembali ke kelab itu, Barcelona ketinggalan satu gol selepas 19 minit hasil jaringan Hugo Diaz.

Bagaimanapun juara bertahan itu kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Ousmane Dembele minit ke-63 untuk menghidupkan peluang mereka.

Ferran Jutgla menambah gol kedua minit ke-69 untuk mengesahkan kemenangan Barcelona.

Sementara itu jaringan Eder Militao dan dua gol sumbangan Marco Asensio menyaksikan Real melakar kemenangan ke atas Alcoyano, kelab sama yang menyingkirkan mereka pada peringkat sama musim lalu.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo