NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan ‘saja-saja’ jarakkan saf solat – Menteri Agama




Bagan Serai: Keputusan penjarakan saf solat bukan ‘saja-saja’ dibuat kerajaan sebaliknya ia diputuskan oleh pihak berkuasa negeri selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, kerajaan sememangnya berhasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di Malaysia, namun perlu akur dan menghormati keputusan bidang kuasa negeri.

“Memang kita nak rapat saf tapi keputusan yang dibuat bukanlah saja-saja dibuat sebaliknya sudah diputuskan oleh orang agama, ulama, KKM dan sebagainya.

“Kemudiannya kita kena rujuk kepada bidang kuasa agama negeri dan sekiranya dibenarkan KKM sekalipun, ia bergantung kepada keputusan mereka dan kena hormatlah.

“Di Arab Saudi pun mereka terpaksa jarak semula saf solat, jadi pasti ada sebab tertentu dan Insya-Allah kita akan bincang semula perkara itu dari semasa ke semasa,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan pecah tanah bangunan tiga tingkat SRITI Bestari di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria dan Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat.

Dalam perkembangan lain, Idris menegaskan akan membuat satu pertemuan rasmi dengan pengendali dan bakal jemaah umrah susulan tindakan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi selama sebulan berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, walaupun biarpun pelaksanaan ibadah umrah itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) namum pihaknya mengalu-alukan pertemuan itu bagi membincangkan mengenai masalah-masalah yang berbangkit ketika ini.

“Boleh bincang dengan saya dahulu. Insya-Allah pegawai saya akan aturkan tarikh sesuai dan dijangka dalam masa terdekat ini,” katanya.

-HARIAN METRO


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo