NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Baucar Hingga RM400 Untuk Mangsa Banjir




Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Untuk makluman, program ini adalah kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 3.0 sebelum. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Dibawah Program SAVE 3.0, ia dibahagikan kepada dua kategori rebat.

Kategori pertama membabitkan peti sejuk dan penyaman udara, sementara kategori kedua meliputi televisyenmesin basuhketuhar gelombang mikro, dan juga periuk nasi.

Kategori pertama menawarkan rebat RM200, sementara kategori kedua menawarkan rebat antara RM50/RM100 atau RM200 berdasarkan produk elektrik.

Untuk mendapatkan rebat ini, pengguna boleh memohonnya melalui ShopeeLazada, PG Mall, mahupun daripada peruncit terpilih secara fizikal. Untuk memohonnya, anda perlulah warganegara Malaysia, dan tinggal di premis yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti TNB. Penerima SAVE 2.0 juga tidak layak untuk memohon SAVE 3.0 bagi kategori 1.

Program SAVE 3.0 ini berlangsung sehingga penghujung tahun 2022 ini. Semak laman SEDA untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo