NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angkasawan lihat keadaan bumi dari angkasa semakin rosak

Angkasawan berkongsi pengalaman lihat keadaan bumi dari angkasa, menyedihkan. Angkasawan Perancis, Thomas Pesquet mengakui dia berasa sedih dan kecewa ketika melihat keadaan Bumi dari luar angkasa. 

Beliau sifatkan Bumi kelihatan ‘rosak dan amat rapuh’ akibat perubahan iklim. Media tempatan melaporkan, Pesquet menyifatkan pemandangan itu sebagai amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku.

Pesquet yang kini berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menerusi panggilan video dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menceritakan, kerosakan Bumi kelihatan amat jelas, bahkan boleh dilihat dalam jarak 400 kilometer.

“Sayangnya, keadaan Bumi semakin rapuh dan semakin rosak. Melalui tingkap di ISS, kami dapat melihat jelas keadaan Bumi yang semakin uzur akibat perubahan iklim,” katanya.
Selain itu, Pesquet juga memberitahu, para angkasawan di ISS boleh melihat Bumi ‘terbakar’ apabila beberapa kawasan hutan di Kanada dan California dijilat api baru-baru ini. 

Katanya, taufan kuat juga merosakkan Bumi dan fenomena cuaca semakin cepat meningkat daripada yang disangka. Pesquet dijangka kembali ke Bumi dalam tempoh terdekat selepas misi enam bulannya di ISS selesai.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo