NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Beaufort tuntut kerusi Parlimen Beaufort pada PRU-15: Awang Aslee


BEAUFORT: UMNO Bahagian Beaufort mengulangi pendiriannya untuk menuntut kerusi tradisinya kawasan Parlimen Beaufort untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Ketua bahagiannya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata Parlimen Beaufort secara tradisinya ditandingi UMNO pada setiap pilihan raya dan parti itu tidak akan berganjak dengan pendirian tersebut.

"Inilah pendirian bahagian untuk bertanding di kerusi tradisi parti di kawasan ini," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di sini, kelmarin.

Menurutnya, pendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan juga sebagai memenuhi tuntutan dan aspirasi akar umbi parti.

Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, berkata kekuatan UMNO adalah kerana kesetiaan dan perjuangan ahli di peringkat akar umbi.

"Mereka adalah tunjang kekuatan dan kebangkitan semula UMNO dan ia merupakan asas kukuh untuk kita menuntut kerusi kerusi Parlimen Beaufort ini ditandingi calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO," tegasnya.

Pada pilihan raya umum lepas, kerusi Parlimen Beaufort dimenangi calon BN dari UMNO, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun namun kemudian melakukan rentas parti dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Awang Aslee bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya terus memperkasakan jentera parti di semua peringkat termasuk cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi membolehkan parti sentiasa siap siaga menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

"Kita perlu bersiap sedia selain sentiasa setia kepada parti, komited dan memiliki kekuatan. Ini merupakan faktor penting untuk kita menuntut kerusi tradisi parti di kawasan Parlimen Beaufort ini," ujar beliau.

Katanya, pendirian bahagian itu untuk kekal bertanding di kerusi berkenaan pada PRU-15 juga merupakan salah satu usul pada persidang perwakilan bahagian.
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo