NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak PRU awal, 123 Umno Bahagian sokong Ismail Sabri kekal PM



KUALA LUMPUR – Sekitar 123 UMNO Bahagian di seluruh negara  mengusulkan agar kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kekal sehingga tamat penggal Parlimen ini pada 2023, dan dijadikan calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan jumlah usul yang begitu besar, Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung Umno harus membawanya kepada Perhimpunan Agung Umno 2021 bagi dibahas dan diputuskan usul ini.

Jumlah Umno Bahagian yang mengusulkan mengekalkan kerajaan ini sehingga akhir penggal agak mengejutkan memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan beberapa kali memberi isyarat bahawa PRU-15 harus segera diadakan.

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian 2021 yang berlangsung hari ini dan semalam adalah sebahagian daripada kewajipan tahunan yang disyaratkan oleh Akta Pertubuhan dan merupakan agenda penting sebelum Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang akan dilangsungkan pada Januari 2022.

Menurut sumber kesemua 123 Umno bahagian menolak PRU lebih awal dan mahukan penggal ini diteruskan sehingga tamat tempoh pada 2023. Manakala sebahagian besar dari 123 ini mencadangkan Ismail Sabri dijadikan calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Untuk rekod, Umno mempunyai 191 bahagian.

Perhimpunan Agung Umno 2021 akan berlangsung dari 13-15 Januari 2022. Sekiranya usul ini diluluskan oleh PAU ia akan memberi satu kestabilan politik kepada negara sehingga PRU akan datang. -SUARATV



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo