NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanjiro Malaysia turun mengundi

Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama. - Bernama


MIRI: Gelagat seorang lelaki mengenakan kostum watak manga dan animasi popular Jepun 'Demon Slayer' ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini hari ini telah mencuri perhatian ramai.
Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama.
Aksi beliau berpakaian demikian dalam keadaan cuaca panas, bukan sahaja mencuri perhatian lensa Bernama dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengundi lain juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya.


Menurutnya pada PRN11 pada 2016 lepas beliau berpakaian adiwira Batman, namun dinasihati oleh petugas SPR supaya menukar pakaian terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi sebagai menghormati tatacara dan peraturan mengundi.
"Kali ini saya pakai baju Demon Slayer pula... mujur kali ini lepas (dibenarkan) masuk untuk mengundi, dan saya selesai mengundi pada 11.30 pagi tadi.
"PRN pun macam hari raya, bukan selalu... Kita hanya mengundi lima tahun sekali, jadi saya berpakaian seperti ini untuk memeriahkan suasana," katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi itu.
Peminat watak Batman yang kerap membuat persembahan nyanyian bersama kumpulan buskersnya di sekitar Miri itu turut menasihatkan rakyat Sarawak supaya menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Beliau berkata orang ramai khususnya golongan belia yang layak mengundi perlu menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih wakil rakyat untuk menjamin masa depan negeri.
Dalam saingan di DUN Piasau menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang mempertahankan kerusi DUN itu dicabar oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Teo Jia Jun; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Hanim Jaraee; Parti Bumi Kenyalang (PBK) Chung Siew Yen dan Peter Hee Leh Keng daripada DAP.
DUN Piasau mempunyai 21,337 pemilih berdaftar.
-- BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo