NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan lebat diramal berterusan hingga esok - MET



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) dengan hujan sangat lebat dijangka hari ini di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan dikeluarkan jam 2 petang tadi, MET Malaysia berkata, daerah yang dijangka dilanda hujan lebat berterusan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

"Amaran hujan lebat berterusan (buruk) turut diramal sehingga esok di beberapa negeri.

"Di Perak, daerah yang dijangka mengalami hujan lebat adalah Hilir Perak dan Muallim, di Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan), Selangor (Sepang) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya," katanya.

Sementara itu, MET Malaysia berkata, hujan lebat berterusan (waspada) diramal di Kedah membabitkan daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang.

Negeri lain termasuk Kelantan iaitu di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Pahang (Raub, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), serta Melaka (Alor Gajah).

MET Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora membabitkan beberapa negeri sehingga Selasa ini.

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan ketinggian ombak 2.5 hingga 3.5 meter (m) berkelajuan 40-50 kilometer sejam (km/j) dijangka di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Tenggara Samui, Timuran, Bunguran, Reef South dan Labuan.

Dalam tempoh sama, angin kencang dan laut bergelora kategori kedua turut dijangka di selatan Condore, selatan Reef North dan Palawan. -BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo