NOTIS:

Belum ada lagi....

Peter Anthony, Juil Nuantim dipelawa sertai STAR

0
Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya ingin bekerjasama bersama kedua-dua pemimpin itu dalam usaha untuk menyatukan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM). - Gambar fail/Astro AWANI


KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjemput bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuantim untuk menyertai parti berkenaan.
Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya ingin bekerjasama bersama kedua-dua pemimpin itu dalam usaha untuk menyatukan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM).
"Masyarakat KDMR yang bersatu adalah baik untuk Sabah.
"Oleh itu, saya juga ingin melanjutkan jemputan kepada ADUN Inanam, Peto Galim dan bekas ahli Parti Cinta Sabah (PCS) untuk turut menyertai kami, kerana kami bekerjasama untuk membentuk masa depan negeri ini," katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menunjukkan rakyat di Borneo sudah mulai menolak parti berasal dari Semenanjung, dengan memberikan undi yang memberangsangkan kepada parti tempatan.
"Sekarang adalah masa untuk rakyat Sabah bersatu padu dan mengukuhkan pengaruh politik di peringkat nasional," katanya lagi.
Semalam, Peter dan Juil telah mengumumkan keputusan untuk keluar Warisan dalam satu sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). 

--ASTRO AWANI


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo