NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganjur, pengunjung parti liar di kolam renang dikompaun RM1.56 juta

Amihizam (kanan) bersama Nasri sedang menyoal siasat wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab persendirian di Kuala Lumpur pada Ahad
KUALA LUMPUR - Polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1,565,000 terhadap penganjur dan pengunjung yang disyaki terlibat dalam parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada penganjur manakala pengunjung tempatan seramai 87 orang dikenakan kompaun sebanyak RM435,000.

"Pengunjung warga asing seramai 216 pula telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,080,000, keseluruhan kompaun dikeluarkan ialah RM1,565,000," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Amihizam berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 303 individu dan menahan 216 daripadanya.

“Kesemua yang diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 161 lelaki warga asing manakala 87 individu adalah warga tempatan," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

"Kesemua 216 individu warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sumber | Sinar Harian 

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo