NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maut di kawasan timbunan kayum, lelaki dilapor hilang ditemukan


KUANTAN: Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lalu ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.

Mayat K Barathan, 28, ditemukan jam 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilapor hilang.

Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada Isnin menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang lelaki disyaki hilang semasa memindahkan barang ketika banjir, dan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa setelah anaknya tidak dapat dihubungi.

"Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Kampung Tanjung, Karak dan sekitar sungai berhampiran, sebelum orang awam menemukan mangsa hari ini. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo