NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid Al Walid



Salam Perjuangan
Buat Sahabat Sahabat Tercinta 

Teringat aku tentang 
Perjuangan 
Panglima Khalid Al Walid 
Ketika
Abu Bakar menjadi 
Amirul Mukminin
Dia dilantik 
Sebagai Panglima perang 
Di medan tempur. 

Apabila 
Meninggalnya Abu Bakar 
ia diganti Umar Al khattab
Lalu 
Umar sebagai Amirul Mukminin
Menurunkan pangkat Khalid 
Sebagai Panglima perang 
Tapi 
Khalid Al Walid 
Sebagai pejuang 
Tetap bertempur dan berjuang 
Di medan perang 
Walaupun ia tanpa jawatan 

Kata kata Khalid Al Walid 
Kepada sahabat sahabatnya 
Aku berjuang 
Bukan kerana Umar 
Aku berjuang 
Bukan kerana 
Aku bergelar Panglima 
Aku berjuang kerana Allah 
Lalu ia bertempur 
Di medan perang 
Tanpa 
Mempedulikan 
Gelaran dan nama 

Sehingga disebut 
Oleh penulis sirah 
Setelah ia meninggal 
Bila tubuhnya dimandikan 
Seluruh tubuhnya 
Dipenuhi dengan parut parut luka 
Kesan ketika
ia bertempur di medan perang 
Nah
Adakah matinya tidak bernilai 
Kerana ia tidak syahid 

Percayalah sahabat sahabat 
Walaupun ia tidak syahid 
Tapi 
Luka-lukanya 
Menjadi saksi 
Di hadapan Allah Rabbul Izzati 
ia telah berjihad dan berjuang 
Untuk agama Allah 
Hingga ke akhir hayat nya 

Tapi 
Bagaimana dengan kita? 
Jika tiada nama 
Kita tak mahu berjuang 
Kita tidak hadir program
Kerna tiada habuan diberi
Alangkah bezanya kita
Tiada lansung rasa segan dan malu
Walau kehidupan sentiasa diberi izin
Bahagia dan sejahtera
Bila merenung sirah 
Khalid Al Walid 
Tiliklah diri sendiri
Di mana kita sebenarnya
Ambillah buat pengajaran
Tiada nama,  pangkat dan gelaran. 
Kita tetap boleh berjuang 
Bukanlah segalanya tentang wang
Menjadi alasan 
Untuk menghadiri program yang dianjurkan 

Marilah 
Kita muhasabah diri 
insaf dan sedar 
Perjuangan ini 
Hanya untuk Allah 
Perjuangan ini 
Hanya untuk kasih dan Redha 
Allah Rabbul Izzati. 

Md Ali Jamil 
Ahad 3.29 petang 
30 Rabiul Akhir 1443 
5 Disember 2021.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo