NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM rujuk SKMM kes pelakon watak gay


PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempertimbangkan siasatan lanjut ke atas pelakon tempatan yang melakonkan watak gay dalam sebuah drama bersiri baru-baru ini.

JAKIM dalam kenyataan menasihatkan orang ramai bertenang dan menyerahkan ia kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Katanya, ia memandang serius isu sedemikian yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, khasnya umat Islam.

“JAKIM amat berharap pihak terbabit sensitif dengan nilai dan budaya masyarakat di negara ini dan tidak bertindak di luar batas dengan nilai ketimuran yang sejak sekian lama dibudayakan dengan aman dan harmoni.”

Baru-baru ini, media sosial hangat membincangkan sebuah drama bertemakan kehidupan gay yang membabitkan dua pelakon lelaki melakonkan babak romantik.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berterima kasih kepada JAKIM kerana bertindak pantas merujuk perkara itu kepada SKMM untuk tindakan segera terhadap isu yang beliau bangkitkan semalam.

“Ruang yang ada ini, saya perlu pastikan tanggungjawab kita bersama ini dapat menyekat segala aktiviti yang melanggar undang-undang negara dan yang bercanggah dengan perintah agama,” tulisnya di Facebook.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo