NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DARPA Memasuki Fasa Dua Dalam Program Dron Bawah Laut Berbentuk Ikan Pari


Tahun lalu kami melaporkan Lockheed Martin memperlihatkan konsep dron bawah laut mereka yang kelihatan seperti seekor ikan pari. Ia direka untuk menyertai program Manta Ray yang dimulakan oleh DARPA bagi menghasilkan dron bawah laut swapandu yang boleh digunakan untuk melakukan misi pemantauan tanpa kawalan manusia. Apabila beroperasi ia boleh menawarkan bantuan logistik kepada anggota yang sedang menjalankan misi.

DARPA telah menganugerahkan kontrak kepada Northrop Grumman Systems Corporation dan Martin Defense Group untuk membina dua prototaip untuk program Manta Ray. Selain boleh beroperasi secara swalayar, dron perlu mempunyai kemampuan mengesah bateri sendiri menggunakan kuasa arus laut, boleh mengelakkan diri dari terperangkap dalam rumpai, tahan karat dan tahan lasak.

Penggunaan dron akan semakin meningkat kerana ia mengurangkan risiko kepada anggota tentera manusia disamping sukar dikesan oleh musuh ketika melakukan misi. 

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo