NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China: Fosil Embrio Dinosaur Ditemui



Fakta sains mengatakan dinosaur ialah nenek moyang kepada burung moden. Oleh sebab itu pelbagai teori baharu mengenai dinosaur mula diterbitkan seperti T-Rex sebenarnya berbulu dan berkicau seperti burung tidak seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park. Baru-baru ini fosil embrio dinosaur telah ditemui dan ia mengukuhkan lagi hubungan evolusi antara burung dan dinosaur.


Kredit – Xing et al./iScience

Fosil telur ini pada asalnya ditemui di Selatan China pada tahun 2000 sebelum disimpan dan kemudian dilupakan. Hanya semasa pembinaan muzium spesimen dikeluarkan semula dan penyelidik menyedari ia mengandungi fosil embrio yang hampir sedia untuk menetas.


Kredit – Lida XIng

Embrio Oviraptor yang diberi nama Baby Yingliang dipercayai berusia di antara 66-72 juta tahun. Ia menunjukkan postur tubuh yang sama seperti embrio ayam dan burung yang hampir bersedia untuk menetas. Kedudukan kepalanya adalah optimum untuk memecahkan kulit telur. Kajian mengenai fosil embrio ini diterbitkan di dalam jurnal iScience.


--AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo