Amirudin akan kembali pengerusikan MKN Selangor


Menteri Besar Amirudin Shari akan kembali semula mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor menurut laporan.

Ini susulan keputusan yang dibuat semasa mesyuarat MKN peringkat persekutuan di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya dihubungi MKN (persekutuan) untuk sekali lagi mempengerusikan MKN Selangor.

"Saya akan segera bekerja dan meminta semua pihak termasuk pembangkang menyelaraskan proses pemulihan dari sekarang," kata Amirudin, seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

https://m.malaysiakini.com/news/604005

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo