NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka : 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan




KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 7,601 kertas undi untuk pengundi secara pos seperti mana diperuntukkan di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya (PRN) Negeri Melaka Ke-15.

SPR dalam kenyataannya pada Rabu berkata, pengeluaran kertas undi pos pada 9 November dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Kesemua 7,601 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 6,871 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), 511 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 113 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Menurut SPR, proses pengeluaran kertas undi pos berkenaan dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

SPR juga mengingatkan semua pengundi pos supaya mereka membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 20 November.

Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo