NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah sumbang PH bawa malang




Tindakah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang peringkat awalnya mempertahankan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan mencalonkan Datuk Seri Idris Haron serta Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi langkah sumbang pada permulaan kempen gabungan parti itu.
Walaupun dibantah oleh DAP yang menyatakan bahawa mereka telah ‘dikalahkan’ dalam perkara itu oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), sekali gus akur dengan keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan PH.

Tindakan dua bekas ADUN UMNO yang telah ‘disucikan’ dengan pelbagai gelaran seperti ‘katak berprinsip’, selain Anwar sendiri menegaskan mereka tidak mengkhianati sesiapa dan mahu mengembalikan kerajaan kepada PH tidak boleh diterima kerana beliau dikenali sebagai individu berprinsip oleh penyokongnya.

Mungkin pada hemat Anwar, kedua-dua bekas ADUN UMNO itu masih mempunyai pengaruh kuat untuk menarik sokongan pengundi daripada parti berkenaan tetapi culaan itu ternyata meleset.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu tewas dengan majoriti besar iaitu 2,993 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam di Asahan, manakala Nor Azman yang menyertai Amanah sebagai calon PH sebelum pilihan raya tersebut tewas kepada wakil BN di Pantai Kundor, Tuminah Kadi.

Kedua-dua calon berkenaan telah dilihat sebagai pengkhianat dan menjadi punca berlakunya pembubaran DUN, sekali gus memaksa PRN diadakan dalam situasi sukar kerana berdepan kemungkinan berlakunya gelombang Covid-19, selain kerajaan terpaksa mengeluarkan dana besar untuk melaksanakan PRN Melaka.

Justeru, tidak hairan mereka ditolak mana-mana pengundi sama ada BN mahupun PH sendiri.

Anwar perlu mengambil iktibar daripada perkara tersebut. Analogi mudah bagi situasi itu adalah jika seseorang dikhianati, maka dia mendapat simpati orang lain tetapi jika menerima pengkhianat dan mempertahankan tindakan itu, maka tidak ubah seperti oportunis.

Mungkin PRN Melaka tidak boleh dijadikan kayu ukur sepenuhnya untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi pengajaran kepada PH tetap ada untuk mempersiapkan jentera mereka. - SINAR HARIAN





............oo000oo...........
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo