NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID: Kadar penggunaan katil ICU di Terengganu membimbangkan


KUALA TERENGGANU, 12 Nov -- Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di Terengganu berada pada tahap membimbangkan apabila telah mencapai 84 peratus setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata kadar penggunaan katil ICU itu disumbangkan oleh peningkatan jumlah pesakit COVID-19 kategori lima sejak dua minggu lepas.

“Apabila ada kebenaran rentas negeri dan masuknya Terengganu ke Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara) memang kita jangkakan ada peningkatan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.


Wad ICU Hybrid berkapasiti 10 katil itu yang akan mula digunakan minggu hadapan, menjadikan jumlah keseluruhan katil ICU bagi pesakit COVID-19 di Terengganu kini sebanyak 43 buah.

Dalam pada itu, Dr Kasemani berkata setakat ini pihaknya menganggarkan sebanyak 324,000 individu termasuk kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan di Terengganu akan menerima dos penggalak COVID-19.

Selain petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pesakit komorbid juga telah mula diberikan tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan dos berkenaan.


“Mereka yang menerima janji temu melalui MySejahtera ini akan mendapat suntikan penggalak di klinik swasta yang telah berdaftar dengan kita (KKM),” katanya.

-- BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo