NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bubar DUN dan PRN Melaka - BNkah yang salah?

Oleh MR ISKANDAR ZULQARNAEN


ALHAMDULILLAH sempat juga pulang ke kampung halaman di Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri pada kali ini. Sudah lama juga tidak pulang ke kampung halaman penulis.

Biasalah, sebagai wartawan penulis banyak mengambil kesempatan bertanya khabar dengan penduduk tempatan berkaitan PRN ini. Saja, nak tengok mood pengundi-pengundi. Namun apa yang penulis lihat rakyat Melaka seperti 'dah tak ada mood'.

Kebanyakkan mereka merungut kerana terpaksa berhadapan dengan pilihan raya pula. Baru sahaja tahun lepas kita digegarkan dengan gelombang besar-besaran Covid-19 yang berlarutan sehingga hari ini akibat PRN Sabah.

Rata-rata pengundi yang penulis temui memang melahirkan kebimbangan yang amat sangat bahawa sejarah Sabah akan berulang di Melaka. Kata mereka, bukan Melaka di mana segalanya bermula, tetapi sejarah Melaka bermula dari Sabah.

Ramai yang marah dengan sikap pemimpin-pemimpin politik yang tidak habis-habis berebut kuasa tak kira masa. Seorang pengundi yang penulis temui berkata yang BN-Umno tidak sepatutnya membubarkan DUN Melaka.

Mereka banyak menbandingkan jiwa besar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional-Bersatu yang sanggup hilang jawatan Menteri Besar di Perak dan hilang jawatan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan, namun tetap tidak membubarkan DUN Perak dan Parlimen.

Malah Muhyiddin dilihat jauh lebih 'berakal' dan 'berotak' berbanding pemimpin-pemimpin BN-Umno yang tamak dan sanggup memperjudikan nasib rakyat demi kuasa.

Benarlah kata Muhyiddin, jika dia mahu membalasnya maka Johor boleh menjadi tempat dia melepaskan amarah kerana kerajaan Johor bertopangkan Bersatu. Tapi mujur Muhyiddin tidak dungu seperti pemimpin-pemimpin BN-Umno.

Rata-rata pengundi di Melaka yang penulis temui memang marah dengan tindakan BN-Umno membubarkan DUN. Yang menariknya yang jatuhkan Ketua Menteri adalah Umno dan yang membubarkan DUN juga BN-Umno.


Seorang pengundi tu beritahu saya "BN-Umno, di mana segala masalah bermula!" Marah betul pakcik tu masa tu. Mereka kata serik undi BN-Umno yang tak pernah mahu berubah. Faktor ini mungkin menjadi penyebab BN-Umno kalah lagi pada PRN ini.

Penulis adalah seorang editor dan wartawan sebuah akhbar tempatan


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo