NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Caj 5G dijangka lebih murah, kata Tengku Zafrul




Harga atau caj perkhidmatan 5G dijangka jauh lebih murah, menurut Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabit (GB) untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, harga atau caj perkhidmatan 5G dijangka jauh lebih murah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi.

“Saya juga difahamkan bahawa DNB akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap GB untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi.

“Sebagai perbandingan, ini adalah jauh lebih murah berbanding kos tambahan (incremental) semasa bagi setiap GB 4G yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi dengan kadar antara 45 hingga 55 sen bagi setiap GB,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-PBB-Sibuti) yang meminta Zafrul menjawab dakwaan bahawa syarikat telekomunikasi tidak mahu mendaftar dengan DNB untuk menggunakan 5G kerana harga yang ditawarkan DNB dilihat terlalu tinggi.

Dalam pada itu, Zafrul berkata, beliau percaya syarikat telekomunikasi akan menyambut baik penetapan harga tersebut apabila ia dimaklumkan kepada mereka kelak.

“Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), sebagai pengawal selia, akan memastikan harga yang ditetapkan adalah adil dan berteraskan pemulihan kos, bukan untuk menjana keuntungan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa proses penetapan harga 5G tersebut hampir dimuktamadkan dan ia amatlah berbeza dan jauh lebih rendah berbanding kos bagi setiap gigabit (GB) 4G oleh syarikat telekomunikasi,” katanya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo