NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aksi Piala Dunia Kelab Fifa pindah ke UAE, Februari 2022




Lausanne: Saingan Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang sepatutnya diadakan di Jepun pada Disember, kini dipindahkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Februari depan, umum badan induk bola sepak dunia itu, hari ini.

Piala Dunia Kelab akan berlangsung dari 3 hingga 12 Februari, menampilkan lapan perlawanan antara juara-juara benua bersama pasukan terbaik negara tuan rumah.

Al Jazira dan Auckland akan bermain pada perlawanan pembukaan, dengan Chelsea dijadualkan bertemu pemenang aksi berkenaan atau Al Hilal dari Arab Saudi pada separuh akhir.

Gergasi Mesir Al Ahly akan berdepan Monterrey dari Mexico bagi merebut tempat untuk pertemuan dengan juara Copa Libertadores, Palmeiras dari Brazil untuk memburu slot ke final.

Jepun menarik diri daripada menjadi tuan rumah akibat pandemik Covid-19.

Piala Dunia Kelab biasanya diadakan pada Disember, tetapi ini adalah kali kedua berturut-turut ia terpaksa ditangguhkan selepas edisi 2020 di Qatar diadakan pada Februari tahun ini.

Bayern Munich memenangi edisi terakhir Piala Dunia Kelab yang diadakan di UAE pada empat edisi sebelumnya, kali terakhir pada tahun 2018 di mana Real Madrid muncul juara.

Piala Dunia Kelab versi baharu yang lebih lumayan dan bakal menampilkan 24 pasukan, termasuk lapan kelab Eropah, sepatutnya diadakan di China tahun ini tetapi projek berkenaan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/11/783092/aksi-piala-dunia-kelab-fifa-pindah-ke-uae-februari-2022

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo