NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yusof kekal ADUN Sindumin



KOTA KINABALU: Datuk Dr Yusof Yacob masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Kadzim Yahya berkata, pihaknya menerima tiga pucuk surat atau dokumen masing-masing daripada Yusof dan dua lagi daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

"Bagi memutuskan status sebenar Kerusi DUN Sindumin, saya berpandukan dokumen-dokumen berkenaan telah mengadakan satu mesyuarat pada 11 Oktober 2021.

"Perundangan yang sedia ada memihak kepada Yusof yang mana perkara sama juga dirujuk dengan kes ADUN Sebatik sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Oleh yang demikian, Kadzim menjelaskan Kerusi DUN Sindumin tidak dikosongkan walaupun Yusuf pada 8 Oktober 2021 mengumumkan keluar dari WARISAN.

Katanya, pada hari Yusof meninggalkan WARISAN, satu panggilan telepon telah dilakukan ADUN Sindumin untuk memohon berjumpa dan bermesyuarat mengenai perkara terbabit.

"Mesyuarat kemudian diadakan pada 11 Oktober 2021 sekitar 11.20 pagi. Ketika dalam pertemuan itu, Yusof telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada saya yang menyatakan beliau membatalkan semua akuan yang dibuatnya dengan WARISAN sebelum Pilihan Raya Negeri ke 16, tahun lalu

"Akuan atau perjanjian dilakukan bersama WARISAN itu menjelaskan Kerusi DUN Sindumin perlu dikosongkan sekiranya dia meninggalkan parti berkenaan," katanya.

Pada 15 Oktober 2021, Kadzim menerima sepucuk surat letak jawatan daripada firma guaman, kononnya dilantik Yusof dan ditandatangani ADUN Sindumin itu bertarikh 8 Oktober 2021.

Bagaimanapun Yusof menafikan pernah menandatangani surat berkenaan dan menyerahkan satu lagi SD bertarikh 16 Oktober 2021. SD itu menyatakan Yusof tidak pernah menandatangani surat letak jawatan bertarikh 8 Oktober 2021 yang dihantar oleh firma guaman terbabit yang menjelaskan beliau meletak jawatan sebagai ADUN Sindumin.

https://www.utusanborneo.com.my/2021/10/25/yusof-kekal-adun-sindumin



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo