NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Pasport Singapura, Jepun terbaik dunia




12 OKT: Singapura dan Jepun merupaka pasport terbaik di dunia apabila pemegang kedua-dua negara itu boleh mengembara tanpa permohonan awal visa ke 192 destinasi.

Ia berdasarkan maklumat terkini indeks global firma penasihat kewarganegaraan oleh firma berpangkalan di London, Henley & Partners yang menyenaraikan mengikut kedudukan kuasa pasport setiap negara berdasarkan bilangan destinasi yang boleh dikunjungi pemegangnya tanpa permohonan awal visa.

Sebelum ini, Jepun mengatasi Singapura dari segi pasport paling berkuasa apabila pemegangnya boleh mengembara ke 193 destinasi tanpa visa sementara kurang satu destinasi bagi pemegang pasport Singapura iaitu 192.

Korea Selatan dan Jerman pula berada di tangga kedua dengan akses ke 190 negara, yang mana pada April lalu, dua negara terbabit berada di tangga ketiga dengan akses ke 191 destinasi.

Finland, Itali, Luxembourg dan Sepanyol kini di tangga ketiga dengan akses ke 189 negara sementara Austria dan Denmark di tangga keempat dengan keupayaan kunjungan tanpa visa ke 188 negara.

Henley & Partners juga mendapati jurang kebebasan mengembara berada pada tahap paling luas sejak indeks itu dimulakan pada 2006.

Umpamanya, pemilik pasport Singapura dan Jepun berupaya mengunjungi 166 lagi destinasi lebih banyak berbanding penduduk Afghanistan yang hanya boleh mengunjungi 26 negara di serata dunia tanpa memerlukan visa awal.

Britain dan Amerika Syarikat (AS) pula mengalami kemerosotan dari segi daya kekuatan pasport mereka sejak berada di tangga teratas pada 2014.

Kedua-duanya kini berada di tangga ketujuh dengan skor 185 mata, turun daripada 187 mata pada suku pertama tahun ini.

Mesir berada di tangga ke-97 dengan warga negaranya mempunyai akses ke 51 negara tanpa visa awal sementara Kenya di tangga ke-77 dengan akses ke 72 destinasi tanpa visa.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo