NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Media PH Batal, 2 Wakil Rakyat Kerajaan ‘U turn’




4 OKT: Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pukul 10 pagi tadi oleh Pakatan Harapan (PH) Melaka dibatalkan selepas dua wakil rakyat kerajaan didakwa telah membuat pusingan U.

Difahamkan sidang media itu akan diketuai oleh Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew namun belum ada sebarang jemputan rasmi dikeluarkan.

PH negeri didakwa telah mempunyai bilangan akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Hari ini, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Mereka adalah ADUN Barisan Nasional (BN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, ADUN BN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN BERSATU Telok Mas, Datuk Noor.

Pengumuman yang diketuai Idris dibuat dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di Melaka, hari ini.

Terdahulu, keadaan politik kerajaan negeri dipercayai bergolak apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mendukung kerajaan pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali didakwa bakal melompat ke parti pembangkang.

Difahamkan, Sulaiman juga dikhabarkan akan membuat sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo