NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keahlian UMNO Idris Haron, Nor Azman gugur automatik



4 OKT : Keahlian UMNO Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan gugur secara automatik selepas keduanya terlibat dalam gerakan menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka yang sedia ada.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, apabila kedua ADUN tersebut secara terbuka menyatakan mereka tidak lagi bersama kerajaan negeri.

“Apabila mereka berdua secara terbuka di dalam sidang media membuat kenyataan akan bersama dengan parti tidak membentuk kerajaan untuk meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik haknya sebagai ahli UMNO tergugur,” jelasnya.

Ab Rauf menyatakan demikian di dalam sidang akhbar di Melaka hari ini.

Terdahulu, Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Nor Azman dan dua lagi ADUN bersama mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat kuasa serta-merta.

Dua lagi ADUN ialah Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selaras dengan peraturan parti, UMNO akan menggugurkan ADUN daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo