NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas gugur daripada UMNO, Azman, Idris bakal sertai PH?





10 OKT: Selepas gugur keahlian daripada UMNO, hala tuju politik, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka daripada UMNO, kini jadi teka teki.

Adakah mereka akan bertanding sebagai calon Bebas jika diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau menyertai Pakatan Harapan (PH) berdasarkan tindak tanduk mereka menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri dilihat condong kepada gerakan PH.

Lebih menarik apabila Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan membayangkan beliau dan Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron akan menyertai komponen PH.

Komponen PH terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH yang menguasai 11 kerusi sebelum DUN Melaka bubar, semalam.

Nor Azman berkata, pengumuman itu akan dibuat pada masa yang sesuai menjelang PRN susulan pembubaran DUN Melaka selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas hilang majoriti.

Nor Azman berkata, setakat ini beliau dan Idris sudah menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing tetapi masih membuat pertimbangan sewajarnya, bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri PRN

Bagaimanapun, beliau tidak tahu mengenai Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad yang turut menarik balik sokongan kepada Sulaiman

Dalam sidang media di Pantai Puteri, Tanjung Kling, hari ini, Nor Azman enggan mengulas parti atau pemimpin yang menghubungi mereka dan membuat tawaran menyertai gabungan PH itu.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, manakala Idris pula akan mempertahankan kerusi Sungai Udang yang dimenanginya selama dua penggal.

http://www.pnbbcportal.com/2021/10/06/selepas-gugur-daripada-umno-nor-azman-idris-bakal-sertai-ph/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo