NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: PAS tidak letak calon di kerusi BERSATU, UMNO



14 OKT: Demi menjaga hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO, jaminan diberikan oleh PAS untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi oleh dua parti Melayu itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu dizahirkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man walaupun partinya itu akan berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, keputusan tersebut dicapai dalam usaha PAS mengelak pertandingan tiga penjuru, sekali gus mengukuhkan kerjasama dan muafakat ummah antara ketiga-tiga parti.

“Jumlah kerusi diperoleh parti itu bergantung kepada rundingan ketiga-kita parti kerana PAS lebih mementingkan kemenangan di kerusi yang bakal ditandingi parti kerajaan. Gerak kerja PAS diteruskan di 12 kerusi DUN.
PAS memutuskan tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi UMNO dan BERSATU bagi menggelakkan pertandingan tiga penjuru di PRN Melaka nanti.

“Kita tidak akan ambil kerusi UMNO, kerusi BERSATU. Kita ambil kerusi yang belum dimenangi, kerusi ini PAS nak. Misalnya daripada 12 kerusi, mungkin timbang-timbang dapat tujuh atau enam, mungkin enam ini ‘confirm’ bukan UMNO dan BERSATU punya.

“Kita nak elak pertembungan. Apa yang penting calon PH (Pakatan Harapan) tidak menang,” katanya kepada media ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menegaskan PAS akan menyokong mana-mana calon, sama ada UMNO mahupun BERSATU berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika permuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu.

Namun, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, PAS belum memutuskan dasar yang akan diambil jika UMNO dan BERSATU berhasrat meletakkan calon di kerusi dimenangi PH pada PRU-14.

“Kalau kerusi itu kerusi tradisi UMNO, seluruh pengundi PAS akan sokong calon UMNO, undi akan diberi kepada UMNO, bererti kalau BERSATU masuk, pengundi PAS tidak akan memberi undi kepada BERSATU.

“Kalau kerusi itu BERSATU punya, UMNO masuk, orang PAS takkan undi UMNO. Dengan cara ini, dua-dua pihak kena duduk bersama. Jika kerusi PH, kita akan runding, kita akan adakan perbincangan siapa nak bertanding.

“Kalau tak ada penyelesaian siapa nak bertanding, dua-dua (UMNO dan BERSATU) masuk, kerusi macam ini kita tak letak dasar buat masa ini. Bagi kita selesai runding dulu, kalau tak boleh jalan keluar, pada masa itu kita akan buat keputusan,” katanya.

Tambah beliau, PAS tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti sekutu, termasuk UMNO yang mahu bersendirian pada PRN Melaka.

“Kalau UMNO tidak mahu bersama, hendak jalan sendiri, kita tiada pilihan, itu bab parti masing-masing. Cuma kita bagitau kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (UMNO, PAS, BERSATU), semua akan rugi, jadi semua kena elakkan tanding tiga penjuru,” katanya

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo