NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PIYUNG




Jadilah ger anok-anok piyung
Berani yer ngakkok gi tah ke lauk
Mandiri
Mencari masa depang
Membina kehidupang
Walapong sepanjang jalang ke gigi air
Buleh jadi burung lang mari terkang
Buleh jadi jugok ulor mari ngap
Tetapi berpantang kaloh sebelung berjuang

Ikutlah perangai piyung
Berani nyellang menongkah gelora lautang
Padahal yer dok tahu berapa dalang laut
Walhal yer dok tahu berapa luah laut
Tapi yer yaking dengang rezqi kehidupang
Hok Allah janjikang

Jadilah ger piyung
Berenang ngate rawe pong
Ke lauk lepah mana pong
Ke tujuh lautang pong
Yer dok lupa tepak asal
Yer akang kembali ke tepak asal yer

Ikutlah resmi piyung
Walapong lama duk di lautang
Yer akang naik ke darak jugok
Kerana yer dok pernoh lupa
Akang daratang

Bekok Cobbong
29 Safar 1443 Hijrah
06 Oktober 2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo