NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa Liberal mempertikai Mufti?



1. Sisters in Islam (SIS), sebuah pertubuhan yang diwartakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor telah mengeluarkan kenyataan membantah Mufti Perlis dan Mufti Penang berhubung larangan transgender untuk memasuki masjid dalam keadaan yang tidak sesuai.

2. Pihak SIS menyifatkan bahawa kenyataan Mufti adalah kenyataan yang "sangat berbahaya" dan mereka berhujah dengan dakwaan bahawa tindakan Mufti ini telah menyekat hak asasi kemanusiaan golongan transgender yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

3. Pada hakikatnya, Sisters in Islam telah tersalah dalam memahami kenyataan Mufti. Ini kerana, menurut Mufti Penang, pihak Mufti tidak melarang mana-mana pihak untuk masuk ke masjid. Yang dipertegaskan adalah etika yang perlu dipatuhi.

4. Dato’ Seri Dr Wan Salim, Mufti Penang menegaskan bahawa: “Para mufti tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, cuma meminta semua pihak menghormati tempat ibadat dengan penampilan diri yang sesuai ketika berada di sana.”

5. Kenyataan Sisters in Islam ini adalah sangat berbahaya. Ia seakan-akan membawa satu mesej halus membimbing masyarakat dengan maklumat yang tidak tepat untuk menentang pihak berautoriti dalam bidang agama.

6. Dalam isu golongan ini, Rasulullah sendiri pernah bertindak tegas dengan menghalang mereka dari masuki ke rumah para isteri Nabi kerana tindakan mereka yang memberikan kesan negatif kepada golongan Muslimah di Madinah. Sabda Rasulullah:

Ų£Ų±Ł‰ Ł‡Ų°Ų§ ŁŠŲ¹Ų±Ł Ł…Ų§ Ł‡Ł‡Ł†Ų§ Ł„Ų§ ŁŠŲÆŲ®Ł„Ł† Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… Ł‡Ų°Ų§ ، ŁŲ­Ų¬ŲØŁˆŁ‡

‘Ketahuilah, aku melihat orang ini mengetahui apa yang ada pada wanita, maka jangan benarkan dia masuk bersama kalian.’ Mereka pun (isteri-isteri Nabi) akhirnya memakai hijab.” (HR Muslim dan Ahmad)

7. Bayangkan andai sekiranya golongan mak nyah ini masuk dan solat di ruang solat wanita dan melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat, maka ada rasionalnya larangan atau peraturan ini dikenakan.

8. Atas dasar itu al-Imam al-Syaukani, ketika menghuraikan isu ini menjelaskan bahawa larangan Rasulullah adalah bagi memelihara iffah (kesucian dan kemuliaan) wanita itu sendiri. Kata al-Syaukani:

Ų£Ł†Ł‡ ŁƒŲ§Ł† ŁŠŲ·Ł„Ų¹ Ų§Ł„Ł†Ų³Ų§Ų” ŁˆŲ£Ų¬Ų³Ų§Ł…Ł‡Ł† ŁˆŲ¹ŁˆŲ±Ų§ŲŖŁ‡Ł†

"(Kemasukkan mukhannath - kepada golongan wanita Muslimah) mendedahkan dia kepada melihat tubuh wanita Muslimah dan aurat mereka." Bimbang akan keadaan ini maka Rasulullah mengarahkan kepada isteri Baginda:

Ł„Ų§ ŁŠŲÆŲ®Ł„ Ł‡Ų¤Ł„Ų§Ų” Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ…

“Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (wanita)!”

9. Agak menghairankan juga mengapa SIS beriya-riya mempertahankan kumpulan mak nyah dari menjaga kehormatan wanita muslimah itu sendiri. Adakah SIS rela membiarkan kehormatan wanita itu terdedah kepada mudarat lain?

10. Secara umumnya, larangan yang disarankan oleh pihak Mufti ini mempunyai asas yang kukuh. Cubaan Sisters dan penyokong golongan liberal ini memberikan impak yang membimbangkan kepada institusi agama, bahkan tidak bertepatan dengan sarana yang dianjurkan oleh Baginda Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo