NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arak jenama Timah hina agama Islam: CAP



GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, produk minuman beralkohol itu dipercayai dikeluarkan oleh syarikat tempatan perlu diharamkan bukan sahaja ia menghina agama Islam malah berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Menurut beliau, CAP sangat kecewa dengan produk arak berkenaan dan ia tidak wajar diberi kelulusan pengeluarannya oleh jabatan yang bertanggungjawab.

"Jenama Timah itu memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam kerana jenama yang ditonjolkan mengaitkan nama Melayu Islam iaitu Timah adalah singkatan daripada Fatimah.

"Lebih biadab, iklan arak itu mengguna imej seorang lelaki yang berkopiah dengan janggut panjang seolah-olah memaparkan individu berimej agama, tetapi mempromosi arak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Subbarow menjelaskan, pihaknya juga tidak faham bagaimana pengeluaran arak berkenaan diluluskan kerana ia mengandungi 40 peratus alkohol dan dijual pada harga RM190 sebotol.

Menurut beliau, kandungan 40 peratus alkohol dalam minuman arak itu sangat tinggi malah apa yang membimbangkan ia akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

"CAP tak faham bagaimana kementerian boleh beri kelulusan menggunakan nama dan gambar yang boleh mengundang kemarahan orang ramai, ini sangat tidak masuk akal.

"Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap hasil usaha yang berterusan dalam sejarah Tanah Melayu yang membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20.

"Kami berharap kerajaan tidak berdiam diri dan menjelaskan pendirian terhadap isu ini," katanya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/167401/BERITA/Nasional/Arak-jenama-Timah-hina-agama-Islam-CAP


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo