NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktiviti perhimpunan, majlis sosial dilarang bermula esok - KJ


Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Menurutnya, memandangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes Covid-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti itu akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan dalam komuniti.

"Berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

"Mengikut akta ini, tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terbabit dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan," katanya.

Katanya, sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan termasuklah penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.

"Larangan ini akan mula berkuatkuasa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.

"Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan," katanya.

Menurutnya, sebarang pelanggaran kepada peruntukan itu, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster," katanya.

Sumber : hmetro


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo