NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang tamat 15 September


Oleh Zainal AS Rashid

BERMULA 15 September ini vaksinasi secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang akan dihentikan.

Selepas itu, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, individu yang masih belum divaksinasi diminta pergi ke klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas antara beliau dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Putrajaya pada Rabu (8 Sept).

Penamatan vaksinasi secara ‘walk-in’ itu diputuskan memandangkan jumlah penduduk Lembah Klang yang belum mendapatkan suntikan sangat kecil.

Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan sebelum ini berkata bahawa bermula 23 Ogos hanya 13 PPV di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’.

Bagaimana pun, Adham berkata penamatan sesi ‘walk-in’ itu hanya membabitkan kawasan Lembah Klang, tetapi masih diteruskan di negeri lain.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu diminta mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

-BebasNews




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo