NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umrah: Arab Saudi umum terima 70,000 jemaah sehari






Oleh Fetty Rara

ARAB Saudi mengumumkan kesediaan untuk menerima ketibaan sehingga 70,000 jemaah umrah sehari.

Menurut Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi negara itu boleh menerima lebih ramai jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dengan persediaan perkhidmatan terbaik bagi memudahkan semua urusan jemaah.

Pengumuman yang dikongsi melalui Twitter itu memetik kenyataan Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi.

Sebelum ini Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan rancangan untuk meningkatkan bilangan jemaah umrah hingga 120,000 setiap hari daripada 60,000.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga menyiapkan segala keperluan bagi menyambut ketibaan jemaah mengikut SOP yang ditetapkan.

Penambahan jumlah jemaah itu adalah susulan pelonggaran kekangan dan sekatan akibat pandemik Covid-19 di serata dunia.

-BebasNews

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo